Pages

Wednesday, November 1, 2017

Berakhir Sebuah Episod


Biar lah semua nya terhenti  di sini.  Bukan tidak mampu untuk terus menunggu. Hampa dan kecewa sahaja yang menjengok hati. 


Aku tidak mampu lagi untuk terus menjadi tebing yang terlalu gila menghambakan diri . Yang hanya akur menadah janji-janji yang sering dimungkiri.



Maka nya, biar lah episod ini terhenti sahaja di sini.

Wednesday, September 13, 2017

Banyakkan rehat yer

Alhamdulillah,
tengah hari tadi  dah dpt balik ke rumah.

Banyakkan berehat ya Miss Natdrah. Ubat jangan skip.Makan pun jangan skip. Ujar doktor muda  yg wajah ala-pelakon Korea tp pekat dengan pelat Cina nya.. Bersungguh2 dia nk bercakap Melayu. Tercuit hati mendengar nya.

Beberapa hari sebelum ni, terpaksa bermalam di wad.. Tekanan darah rendah puncanya. Tinggi bahaya...rendah pun bahaya...Macam2 .

Friday, August 18, 2017

Doa Bonda

Masih ingat tak lagi  bonda,   suatu ketika dahulu,  bonda pernah melafazkan doa . Doa buat anak  bongsu bonda ni.

Kata bonda, kalau tak  setuju juga, tak kan kawin sampai bila2  kamu Natdrah! Tak kan kawin kamu nanti Natdrah!  Berulang kali bonda  sebutkan .kata2 itu.

Murka bonda ketika tu  pada ku.
Murka bonda hanya kerana aku tidak dapat penuhi kehendak bonda utk bersuamikan lelaki pilihan bonda.

Walau berkali-kali aku menyatakan alasan  berserta bukti kenapa pilihan bonda itu terpaksa aku tolak, namun bonda masih berkeras. Bonda masih tidak mahu memahami, bonda masih tidak mahu menerima.
Bonda tahu bagaimana sikap dan kelakuan lelaki pilihan bonda itu kan? Bonda memang sedar  watak sebenar dia kan?  Mengapa bonda masih mahu hadirkan dia ke dalam hidup ku?

Kata bonda, perangai buruk boleh diubah. Dan bonda mahu aku yang mengubah perangai seorang lelaki yang bakal dijadikan suami itu utk menjadi imam yang baik?  Dia bukan  rebung yang mudah dilentur. Dia dah jadi buluh! Bagai mana mungkin aku mampu mengubah nya?

Adakah aku ini selayak nya dijadikan bahan uji kaji bonda?  Mengapa bonda sanggup mahu perjudikan hidup ku ? Pantaskah bonda melihat aku hidup dalam dunia nya yang serba bebas ? Bonda, aku mahu lebih dekat dgn Allah. Aku hanya mahukan seseorang yang mampu membimbing ku ke arah jalan yang diredhai Allah. Aku hanya mengharapkan seseorang yang mampu menjadi imam ku ketika solat. Membimbing ku untuk terus berada di jalan Allah..

 Semua tu tidak ada pada dia bonda. Jauh sekali! Bagaimana mungkin dia mampu menjadi imam ku  jika dia tidak terbiasa menjejaki rumah2 Allah? Bagaimana mungkin dia mampu menjadi pembimbing ku sedangkan dia sendiri yang perlu dibimbing?

Walau beribu kali cuba aku perjelaskan, bonda tetap dengan pendirian bonda kan? Bonda tetap mahu aku terima dia. Namun, bila aku tetap menolak.......maka bonda  kalungkan aku dengan doa ..........doa yang terlalu menghiris jiwa kecil ku. Dan ku kira, Allah telah perkenankan doa bonda......................

Sunday, July 23, 2017

Cerita Hari Ini

Cerita hari ni.

Pagi:

Awal pagi sebenarnya.....gelisah sensorang. Ambil kitab....baca surah Yassin.
Dah abih baca...tutup. Bukak kotak 'harta karun' aku. Macam2 ada dlm tu.

Aku membelek satu persatu.  Senyum....kemudian terasa rindu sangat2. Mata mula hujan! Lebat pula tu!
Benar, aku benar2 rindu ! Rindu pada yang telah tiada.  Rindu kpd arwah  Kak Ngah @ Kak Zie ku..... rindu pada pada arwah Mak Tok, rindu pada dia!

Sebelum sebelum ni, tepat jam 12 tengah malam, tanggal 23 Julai, dia  lah orang pertama yang akan mengucapkan selamat hari lahir. Dia memang tunggu detik 12 malam. Sanggup pulak dia bersengkang mata . Kadang2 aku yang dah hanyut dibuai mimpi pun boleh terjaga dan sama2 bersengkang mata  hanya untuk menerima ucapan daripada nya.

Terima kasih untuk kenangan terindah.


Pagi lagi.....bila kebetulan waktu masuk pejabat, arwah kak ngah sure akan buat kejutan. Macam2 idea dia buat hanya kerana nak meraikan hari lahir adik dia ni. Dia kakak yang paling best dalam dunia. Aku berani cakap macam ni, sebab memang dia sorang je pun kakak yang aku ada. Tapi.....arwah memang  betul2 kakak yang baik.


Tengah hari:

Dua biji kek  yg boleh tahan besair nya terhias cantik di atas meja.
Aku tanya, daripada siapa?
Ini daripada si bbla bla......
Itu daripada si pulan2....
Kami tiap2 tahun tak payah beli kek untuk Cik Ain sebab memang dah  sedia ada orang yang hadiahkan.
Haaa, itu antara ayat2  perli staff kt ofis aku.
Potong2 kek, lepas tu jamu jek la mereka makan. Tak abih makan, aku pesan supaya mereka ' clearkan' So masing2 tapau  bawa balik.


Petang :
Sewaktu melangkah keluar dari ofis, ' ditahan oleh  mat jpj' . Mula la dia menyusun ayat.
Rimas aku dibuatnya.

Ikut kan hati, mau aku karate jek dia. Dah beratus kali tolak pun, dia masih  memunculkan diri nya dengan wajah selamba, dengan wajah tak bersalah nya.

Naik angin betul  bila dia tiba2 berdiri di depan kereta ku. Siap buat lawak macho lagi.
Aku sound dia sambil buat muka kelat . U nak I langgar U  ke?  I tk kisah! Jawab dia. Aduhhh sengal betul manusia macam ni.



Alhamdulillah

Siang tadi,

kuterima jambangan2 bunga dan bingkisan hadiah.
Sebahagiannya daripada yang kukenali. Sebahagiannya pula daripada seseorang yang hanya menyorok di sebalik tanda tangan dan barisan kata. Apa pun terima kasih atas ingatan sempena hari lahir ku.

Masa tetap akan berganjak pergi.

Nikmat yang teragung adalah apabila diberikan kesempatan waktu  oleh Allah untuk aku terus sujud kepada Nya.

Alhamdulillah, dipanjangkan umur ......diberi peluang untuk memperbaiki iman....

Saturday, July 22, 2017

Berlalu nya masa ku.....

Ntah mengapa, malam ini beriya2   aku membelek catatan di blog sidia. Sidia yang telah menghilang.

Tersayup rasa di hati.... sebak membungkam . Tanpa sedar air mata mula laju menuruni kelopak mataku.

Setiap catatan.....menyingkap setiap kenangan. Kamu tahu kan teman, jiwa dan hati aku ni bagaimana....

Kamu menghilang ,mungkin saja punyai 1001 alasan.  Apa pun alasan mu teman, aku tidak pernah  cuba membenci mu, jauh sekali daripada mendendami mu.  Benci dan dendam tidak pernah ada dlm hati ku.


Selama mana pun kamu pergi,
Selama mana pun kamu hilang......... hati tetap begini,   tetap menunggu   pelangi  indah.....biarpun hanya seketika....

Kata mereka,   akal ku dangkal. Fikir mereka, aku ini bodoh.
Bodoh kerana membiarkan masa dan usia ku berlalu dalam  penantian........ .

Biar lah....aku tak salahkan mereka.
Kerana sesungguh nya mereka tidak pernah merasai apa yang aku rasa.........

Monday, July 17, 2017

Dah tertunai belum puasa sunat 6 hari?

Setelah Ramadhan berlalu meninggalkan kesan rindu yang mendalam, kini Syawal pula perlahan-lahan menyusul meninggalkan kita.

Kesan rindu yang terpalit pada jiwa membuatkan aku sedaya mampu berusaha mengisi ruang2 yang masih tersisa.

Alhamdulillah, kali ini, tanpa berlengah, tanpa bertangguh2, dapat jua  ditunaikan puasa sunat 6 hari yang sangat2 dituntut. Terasa amat rugi jika membiarkan Ramadhan dan Syawal pergi begitu sahaja.

Pernah juga ditegur dan diperli-perli  oleh kenalan, awal nya berpuasa 6, bulan Syawal kan lama lagi. Namun , bertangguh2 tu adalah perkara yang boleh 'memudharatkan'.  Jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri boleh dikatakan berselang hari.  Jika nak diturutkan kesemua nya, bimbang  boleh terlepas pula puasa 6 ni.

Alhamdulillah, puasa di bulan Ramadhan dan puasa 6 di bulan Syawal dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Syukur sangat2...

Wednesday, July 5, 2017

Ramadhan Yang Pergi..

Lama tak menjenguk di sini.

Hari ini buka semula lembaran yang lama tidak terkuak. Mujur  tak berhabuk je laman blog ni.


Bulan puasa pun dah berlalu.
Jika sebelum ini , bila berada di bulan puasa, tertunggu-tunggu kedatangan hari raya. Nak cepat2 je  beraya.



Berbeza pada kali ini. Sungguh amat berbeza.  Perasaan yang amat berbeza.
Bila Ramadhan mula ke penghujung, terasa sebak yang amat sangat. Tak terasa keterujaan untuk menyambut hari raya. Hati masih melekat erat pada Ramadhan.

Sewaktu solat terawih terakhir, air mata turun bagaikan hujan. Sebak sangat-sangat kerana terpaksa 'berpisah dengan Ramadhan'.
Terasa terlalu cepat masa berlalu.


Pada hari pertama bulan Ramadhan, air mata  menitis tak tertahankan.. Hati terlalu terharu kerana dapat kembali menemui bulan yang penuh keberkatan itu. Bersyukur sangat2 kerana Allah masih meminjamkan nyawa  utk bertemu kembali dgn bulan yang mulia ini.


Bertekad di dalam hati untuk mewarnai bulan puasa kali ini dengan warna-warna yang lebih indah dari sebelum ini. Berazam untuk menggandakan amalan. Mengumpul seberapa banyak bekalan untuk kembali ke alam kekal nanti.



Syukur sangat2 kerana di bulan puasa juga, aku telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengerjakan umrah . Alhamdulillah dalam melaksanakan ibadat berpuasa juga di Tanah Suci.



Tiada kata yang mampu diungkaikan bagi menyatakan  perasaan  ketika berada di sana. Yang pasti nya , selama mengerjakan ibadat umrah di bulan puasa benar-benar membuatkan jiwa menjadi  tenang setenangnya....lupa segala macam masalah , lupa segala macam tekanan....lupa segala kedukaan yang sebelum ini sarat  membungkam jiwa.

Tuesday, May 30, 2017

Alhamdulillah ,
masih mampu meneruskan ibadat puasa walau pun terpaksa  melalui episod yg memeritkan hari ni.

Kalau kak ngah masih ada, tentu aku dah dileterinya.
Dulu, bila aku hampir pitam waktu berpuasa, pucat kelat dia.
Dipaksanya aku minum. Bila aku tutup rapat mulutku, disound nya aku.
Tangan nya lajunya suapkan air ke mulut ku.
Memang dia risaukan aku.  Bimbang kalau2 aku kejung tak bernafas .

Tadi pun, aku hampir2 pitam.
Syukur tidak berlarutan.
Alhamdulillah, masih mampu bertahan.

Saat ini , aku benar2 rindukan arwah kak ngah.....


Monday, May 22, 2017

Menghitung Hari

Menghitung hari

Rasa teruja sangat menunggu kehadirannya.
Hati berbunga-bunga. Rindu bertandang lagi. Rindu yang  teramat.




Ya, dalam beberapa hari sahaja lagi kita akan ketemu..InsyaAllah.
Semoga Allah berikan kesempatan lagi untuk menemui mu

Ya Ramadhan.

Friday, May 19, 2017

Tekad

Tekad.

Biarlah, mudah-mudahan mereka akan lebih tenang tanpa aku.

Seperti nya aku sengaja membiarkan diri menapak dlm kesepian.

Kalau mungkin selepas ini, aku hanya mampu bercakap dengan dinding, biarkan saja,
asalkan mereka bahagia.


Saturday, April 29, 2017

Janji yang hanya untuk dimungkiri

Ada yang berjanji hanya utk dimungkiri.
Suatu ketika dulu berani berjanji hingga sanggup berkata begini
" Saya haramkan diri saya daripada mengahwini wanita lain selain awak."
Sampai macam tu sekali. Eh, boleh ke haramkan diri sendiri?
Macam tak betul , tp itu lah yang benar2 berlaku.
Last2.......dia hilang...ghaib....tak dpt dikesan!
Tak tau lah , adakah dia masih mengharamkan diri nya drp mengahwini mana2 pompuan, atau ntah2 dah beranak pinak...... hanya dia dan Allah yang maha mengetahui.
Apa pun, kita yg pernah dijanjikan ni, tak perlu sedihkan diri sepanjang hayat kan? Tak perlu menunggu, tak pernah terlalu kesal. Tak perlu nak berdendam. Semuanya adalah aturan Yang Kuasa.
Positifkan fikiran....positifkan hati.....
Mungkin dia punyai alasan yg kukuh utk pergi..utk ghaib....
Doa utk dia tak pernah putus.....doa semoga dia bahagia dengan kehidupannya ...kalau dia sudah berkeluarga,..semoga dia bahagia , hidup rukun damai dgn keluarganya.....Namun, andai dia sudah tiada di dunia ini, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2..aaminn.

Saturday, March 4, 2017

Menahan Rindu

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

Oh Angin
Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu
Menahan Rindu

Sunday, February 26, 2017

Maafkan Aku....aku tak mampu!

Hati masih diburu seribu rasa. Rasa kecewa, rasa hiba, rasa marah, rasa terkilan....

Masih terasa terasing bila berada dalam kalangan mereka. Maafkan aku bonda, maafkan aku Auntie..Uncle....Maafkan aku abang Is.....maafkan  aku anak2 buah kesayangan ku.

Maafkan anakanda bonda kerana untuk  kesekian kalinya lagi  terus menghampakan bonda. Terusan menunjukkan ketidakakuran anakanda  terhadap arahan bonda. Bukan niat sengaja membantah, jauh sekali dari menunjukkan kebiadapan atau kedurhakaan  terhadap darjat seorang ibu......
Anakanda sejujur nya tidak mampu menerima keputusan bonda.


Maafkan Ain , uncle, auntie....

Ain tahu, uncle, auntie terlalu baik , Ain amat menghormati uncle, auntie.. Terima kasih kerana menjadi mentua yang amat baik buat arwah kakak Ain .Terima kasih kerana menjadi datuk dan opah yang amat penyayang kepada  anak-anak buah Ain. Terima kasih kerana sentiasa melayani Ain dengan mesra, dengan baik dan sentiasa menganggap Ain bagaikan anak auntie, anak uncle. Ain amat menghargai nya . Namun, Ain tidak terdaya untuk penuhi hasrat untie, uncle yang satu tu. Terlalu berat bagi Ain. Ain tak kan mampu.


Maafkan Ain Abang Is,
Abang Is seorang suami yang baik kepada arwah kakak Ain, sangat baik. Tak pernah sekali pun Ain terdengar rungutan daripada  kak ngah tentang Abang Is. Kata arwah angah, Abang Is , seorang suami yang baik, penyayang, tk pernah marah, tak pernah tinggikan suara bila Kak Ngah buat salah.Kak Ngah selalu puji Abang Is bila kami berbual2 . Kata Kak Ngah, kalau nak cari suami, cari macam Abang Is.

Tapi Abang Is, Ain tak mampu menukarkan status antara kita. Ain tak boleh menggantikan tempat Kak Ngah ..Abang Is tahu kan, betapa rapatnya Ain dengan Kak Ngah. Betapa sayangkan Ain dengan  Kak Ngah. Ain tak boleh tukar kan status dari adik ipar kepada isteri! Tak boleh...Ain tak mampu . Selamanya Abang Is adalah abang ipar Ain. Selama nya, Ain adalah adik ipar abang. Maafkan Ain kerana menghampakan...

Maafkan Mak Ucu , anak2 buahku...
Mak Ucu akan tetap jadi mak ucu kamu. Mak ucu akan tetap sayangi kamu . Mak ucu akan tetap sudi menjaga kamu sebagai anak buah mak ucu. Kamu tahu kan betapa sayangnya mak ucu kpd kamu, kepada ibu kamu. Selama nya mak ucu akan jadi mak ucu kamu........


Maafkan aku.....



Saturday, February 25, 2017

Terbang sorang2


Image result for plane

Baru2 ni, aku menghabiskan cuti selama seminggu ke eropah. Cari tempat sejuk utk redakan kemarahan....redakan geram di hati.

Dah jadi kebiasaan , kalau time  stres sgt, aku akan cabut lari bawak diri.  Pergi sorang2 jek. Ya, aku pergi sorang2. Lagi senang , lagi mudah utk aku  bergerak.

 Family aku memang tak perlu nk risau2 bila aku terbang sorang2, sbb bukan kali ni je aku bercuti sorang2.  Lagi pun, aku cabut lari sorang2 pun sebab mereka. So, wat apa nak marah2 kan aku kalau aku pergi sorang2 utk tenangkan hati aku kan.


Monday, December 19, 2016